.

2007/10/27

Warga Bestgile

Posted by ThreeStooges | 2007/10/27 | Category: |

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .


Sedikit info mengenai  warga bestgile.
















Kasawari a.k.a kasawari sengal a.k.a abang kas
Ahli utama yang menggerak blog bestgile ini, idea, hasil air tangannya yg tidak tertanding hebatnya di antara kami menyebabkan dia seorang yg paling tinggi daripada kami. Memang dia tinggi pon. Disamping ketinggian beliau, banyak komen terhadap rambutnya yg berbau wangi walau tanpa minyak rambut mahupun minyak wangi menyebabkan beliau seorang yang amat di gemari para pejalan kaki dimana2 kaki lima sekalipun. Mempunyai wajah yang amat ganas namun berjiwa penyanyang, terbukti dengan kucing2 yang amat2 gebu di rumahnya.

Kemahiran 
Oleh kerana kemahirannya yang terlampau banyaknya, sehingga tak cukup page ni untuk dinyatakan disini. Namun kebolehannya dalam bidang fotografi dan pengaturcaraan yg mengubah2 gambar amat2 dikenali. Hasil kerjanya amat halus.Barangsiapa yang ingin menempah khidmatnya bolehlah menghubungi secara langsung dengannya.

Info Khas
Burung Unta merupakan burung terbesar yang masih hidup. Dengan ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki), ia cukup besar untuk seseorang dewasa berbadan kecil menunggang mereka dan telah digunakan disesebahagian Afrika Utara dan Arab  sebagai tunggangan lumba. Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali, iaitu ratit (Palaeognaths). Nama sainsnya Struthio camelus.

Burung Unta berasal dari savana dan separa-gurun Afrika di utara dan selatan zon hutan khatulistiwa. Spesies yang terdapat di Timur Tengah, yakni S. c. syriacus, telah pun pupus.

Burung Unta dipelihara sebagai sumber daging di kawasan sejuk seperti Sweden. Rasan dagingnya seperti daging tak berlemak.

Menurut kepercayaan rakyat, burung Unta terkenal kerana menyembunyikan kepala mereka di dalam tanah apabila sahaja berhadapan dengan bahaya. Tabiat ini tidak pernah direkod atau dilihat, walaupun burung Unta diketahui merendahkan kepala dan leher mereka ke tanah untuk melindungkan diri apabila pemangsa ada berhampiran. Apabila diancam, burung Unta mampu menyebabkan kecederaan yang serius dengan tendangan dari kaki mereka yang kuat itu.

Burung Unta adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Bulu pelepah mereka tidak berfungsi sebagai kerajang udara, tetapi pernah popular sebagai hiasan topi wanita dan sebagainya. Paruhnya tidak bergigi.

Burung Unta mempunyai leher yang panjang dan mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam (40 batu sejam).

Burung Unta terkenal dengan sarang masyarakat, di mana beberapa ekor burung betina akan bertelur dalam satu sarang, untuk diramkan oleh betina alpha pada waktu siang dan jantan pada waktu malam. Telur burung Unta adalah telur terbesar.













Koala a.k.a koala riang a.k.a riang-ria bersama koala riang (bukan riang-riang nya)
Juga antara anggota terawal bestgile. Wataknya yang amat riang juga jiwa yang agak sentimental menyebabkan beliau amat kritis dalam bab2 perhubungan manusia sesama manusia. Dalam ertikata lain perhubungan antara laki2 dan perempuan. Tidak dinafikan juga, pengalaman beliau dalam situasi2 perhubungan yang hebat dan jitu membuatkan beliau amat2 digemari golongan wanita, muda mahupun yang berusia, namun begitu jangan bermain api dengannya kerana dengan api2 dia telan. Amat aktif dalam sukan luaran mahupon dalaman. Rajin bekerja, dan amat hebat dalam pekerjaan yang berkaitan komunikasi.

Kemahiran
Memanjat pokok tanpa menggunakan peralatan khas memanjat. Mengurat dalam seminit macam dalam gone in 60 second.Gelak beliau yang boleh di dengari walaupon berkilometer jauhnya. Menahan perut agar nampak kempis paling lama.hohoho.

Info Khas:
Koala (Phascolarctos cinereus) adalah salah satu binatang berkantung (marsupial) khas dari Australia  dan merupakan wakil satu-satunya dari keluarga Phascolarctidae.

Pada umumnya, banyak dikatakan bahwa kata koala berasal dari bahasa Australia pribumi yang berarti tidak minum. Koala sebenarnya minum air tetapi sangat jarang karena makanannya, daun ekaliptus, sudah mengandung cukup air sehingga koala tidak perlu turun dari pohon untuk minum.

Koala dapat ditemukan di sepanjang pesisir timur Australia mulai dari Adelaide sampai ke Semenanjung Cape York, dan sampai jauh ke pedalaman karena ada curah hujan yang cukup untuk mendukung hutan yang cocok bagi koala.

Koala hidup hanya dari daun ekaliptus. Daun ekaliptus mengandung protein dalam jumlah rendah, zat tak tercerna dalam kadar tinggi, dan mengandung senyawa fenol dan terpena yang beracun bagi spesies lain. Seperti wombat dan kukang, koala memiliki tingkat metabolisme  yang rendah untuk seekor mamalia dan istirahat tanpa bergerak sekitar 20 jam sehari, dari kebanyakan waktu tersebut digunakan untuk tidur. Mereka makan tidak tergantung waktu, tetapi biasanya pada malam hari. Koala umumnya memakan 500 gram daun eucalyptus per hari, mengunyah mereka sampai menjadi pasta yang halus sebelum menelannya. Hatinya memisahkan bahan beracun dan siap untuk dibuang, dan "hind gut"nya (terutama caecum) lebih besar untuk mengambil jumlah nutrisi maksimum dari makanan yang berkualitas rendah












Panda a.k.a panda sepi a.k.a panda ~H
Kehidupan yang agak lama DiChina membuatkan beliau agak lama untuk menyesuaikan diri di sini. Juga warga bestgile yang mmg bestgile.wahahah. Bersama-sama kas, dan koala beliau bersatu dalam menguraikan apa yg serabut dalam kepala masing2 didalam blog ini. Mempunyai wajah yang agak comel dan perot yang agak cumel juga membuatkan beliau salah satu watak yang menghidupkan blog ini. Namun sirennya yang amat kuat ketika tidur juga salah satu keupayaan yang membuatkan beliau dikenali disekitar bandar mahupon di persisiran kampung.

Kemahiran
Salah satu kemahiran beliau adalah mengusir budak2 balik umah sembahyang maghrib. Namun kemahiran sebegini ini tidak dapat dimasukkan kedalam resume. Melemaskan diri dalam sungai walaupun sudah berkali2 di beri amaran. Mengangguk2kan kepala walaupun tak tahu apa yang sedang berlaku.


Info Khas
Panda Gergasi (bahasa Cina: 熊貓; pinyin: xióng māo), Ailuropoda melanoleuca ("kaki-kucing hitam-dan-putih = black-and-white cat-foot"), merupakan sejenis mamalia  sekarang dikelaskan dalam keluarga beruang (Ursidae), yang berasal dari China tengah. Panda Gergasi hidup di kawasan pergunungan, seperti Sichuan dan Tibet. Pada akhir separuh abad ke-20, Panda menjadi lambang kebangsaan  bagi Republik Rakyat China, dan sekarang digunakan dalam syiling emas Republik Rakyat China.

Nama Cinanya bererti "beruang-kucing," dan boleh juga dibaca terbalik bagi maksud yang sama. Julukan dunia Barat dinamakan menurut Panda Merah. Ia dahulunya dikenali sebagai Beruang Bersalin Kulit - Mottled Bear (Ailuropus melanoleucus).

Walaupun diketahui secara taksonomi sebagai maging, permakanan mereka hampir keseluruhannya maun. Malah, ia hidup hampir sepenuhnya memakan buluh. Secara teknikal, seperti kebanyakan haiwan, mereka adalah maserba, kerana pandas diketahui memakan telur, dan mereka memakan serangga bersama diet buluh mereka. Ia adalah sumber protein yang diperlukan.


Panda Gergasi sebelum ini menghadapai masalah mengawan dalam kurungan. Pada Julai 2009, ahli sains China mengesahkan kelahiran anak panda pertama yang berjaya dibuntingi melalui permanian beradas  menggunakan sperma yang dibekukan. Panda tersebut dilahirkan pada 23 Julai pada pukul 07:41 di Sichuan sebagai anak ketiga You You, seekor panda 11-tahun.  Teknik untuk membekukan sperma dalam hidrogen cecair mula dimajukan pada 1980 dan kelahiran pertama ini disambut sebagai satu penyelesaian kekurangan mani panda yang membawa kepada pembiakbakaan dalam..












Arnab a.k.a arnab gatal
Warga paling baru juga paling muda bestgile walaupun kelihatan lebih tua daripada anggota2 yang lain. Jikalau kita lihat dari gambar yang di uploadkan ini, apa yang kelihatan hanyalah hidung dan mulut, begitu juga dalam dunia realitinya. Amat menggemari permainan boling juga berkaraoke. Mempunyai kulit yang agak halus walaupun baru sekali mencuci kulit dengan menggunakan krim pencuci. Amat mahir dalam berita sukan dan hampir2 mengenali keseluruhan atlit tempatan juga dunia.

Kemahiran
Menyanyi lagu hits inggeris terkini menggunakan bahasa baku, Kelebihan itu membuatkan bakat2 amat2 digemari untuk penyampai2 berita di televisyen mahupon di radio.Kemampuan menaip dengan laju,menyamai kelajuan bullet train yang amat2 dikagumi itu. Peladang yang berjaya dalam farmville. Tiada sapa antara kami dapat menandingi jumlah2 unggas dalam ladangnya itu.

Info Khas
Arnab atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Rabbit  merupakan sejenis mamalia kecil yang comel. Nama saintifik arnab adalah Oryctolagus spp.

Arnab adalah benda hidup dari alam haiwan filum kordata dalam kelas mamalia dalam order lagomorpha. Arnab adalah haiwan maun yang makanan utamanya adalah tumbuh-tumbuhan. Perbezaan antara arnab dengan tikus adalah arnab mempunyai gigi pemotong kedua (incisors) dibahagian rahang atas. Struktur tengkorak arnab lebih ringan, mempunyai lubang hidung berbentuk liang memanjang, dan ekor yang kontot dan bulat.

Arnab sering diburu oleh haiwan pemangsa atau maging, oleh itu arnab mempunyai kelebihan cepat membiak. Sebagai haiwan mamalia, arnab berdarah panas, membiak dengan melahirkan anak. Arnab menjaga dan menyusukan anak.

Arnab mempunyai telinga yang panjang yang bertindak sebagai penyisih haba, dan juga deria pendengaran yang kuat untuk membantu arnab mengesan musuh. Selain itu, untuk melarikan diri daripada haiwan pemangsa, arnab mampu bergerak laju dengan cara melompat. Arnab boleh di dapati di pelbagai kawasan dan iklim, dari kawasan tundra, suhu sederhana, tropika, dan juga di kawasan gurun.

Antara spesies arnab yang terdapat di dunia ini adalah :-

   1. Pika Amerika Utara atau nama Inggerisnya "North American Pika" dari keluarga Ochotonidae, nama sainsnya Ochonotona princeps
   2. Pika Bibir hitam atau nama Inggerisnya "Black-lipped Pika" dari keluarga Ochotonidae, nama sainsnya Ochonotona curzoniae
   3. Arnab Amami atau nama Inggerisnya "Amami rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Pentalagus furnessi
   4. Arnab Paya atau nama Inggerisnya "Swamp rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus aquaticus
   5. Arnab Ekor Kapas Timur atau nama Inggerisnya "Eastern cottontail" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus floridanus
   6. Arnab Pygmy atau nama Inggerisnya "Pygmy rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus idahoensis
   7. Arnab Eropah atau nama Inggerisnya "European rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Orytolagus cuniculus
   8. Arnab Gunung Berapi atau nama Inggerisnya "Volcano rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Romerolagus diazi
   9. Arnab Perang atau nama Inggerisnya "Brown rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus europaeus
  10. Arnab Artik atau nama Inggerisnya "Arctic hare" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus arcticus
  11. Arnab Gunung atau nama Inggerisnya "Mountain hare" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus timidus
  12. Arnab Jack Ekor Hitam atau nama Inggerisnya "Black-tailed Jackrabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus californicus


Kebanyakkan daripada info ini adalah dari pengalaman kami juga dari wikipedia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...