.

2008/02/29

Shidaaaaaaa... Tolong Abangggggg...

Posted by ThreeStooges | 2008/02/29 | Category: |


Shida....
aku tidak tahu mengapa diriku tertarik kepadanya. Kali pertama aku bertemu dengannya, adalah kali pertama aku merasakan datangnya seorang gadis dalam diriku.


Detiknya bermula setelah aku dikuarantinkan kesebuah tempat yang asing bagi diriku. Tempat dimana virus-virus manusia merebak dengan megah sekali. Tempat dimana busut-busut keangkuhan berpacak penuh menggamitkan. Keindahan yang telus adalah harta yang menenggelamkan disana. Gegaran dari mobil-mobil besar bak gajah² istana yang membawa permainsuri mahupun raja²nya di atas persadanya.


Disebalik gerbang2 indah itu terbit sekumpulan rusa persis ditunggu untuk diratah dan dimamah oleh pemangsanya. Rusa2 yang hanya tahu mencari rumputnya. Sungguh asyik hingga lupa akan masa akhirnya hampir. Tak dapat aku bayangkan bunyi-bunyian tulang dihenyak hampir retak seluruh uratnya itu. Malahan lebihannya disapu gering2 terbang kelaparan,tunggu,menanti,merayu untuk santapannya.


Pernah didengar yang gagah menguasai yang kurang daripadanya, masih aku rasai, aku tatap, aku dengar dan didengar. Cuma kini canggihnya itu merubah sedikit aslinya.Mahu apa lagi aku ingin katakan, lakukan, luahan jua yang mampu.


Shida....


Setiap tapak kecilmu melangkah aku renungi, aku kirakan dan hisab. Tak terjangkau fikiran, kemana arahnya dituju. Dimana duduk rehatmu, yang pasti, desiran rambutmu aku dengari. Lorh, bunyi gunting Morgan meracuni kalbu ini. Morgan!!! sergahku. Hero tamil ini hampir dengan aku setiap hari. Dari jauh mencari nasi dan kari. Hari2 tunduk mendengar bebel tuannya. Bila ku tanya sampai bila, tersengih pulak Morgan ni. Orang seperti ini jauh merantau mencari nasi.


Yang disini.....
Tetikus berdecit di tindihnya jari2 ku. Ape lagi boleh aku buat.


Shida....
Tertanya di benak kecilku. Mengapa insan2 sepertimu selau dibeza2kan. Asalnya adalah serumpun, namun selalu di asingkan. Aku musykil namun hanya pasrah dengan putaran roda itu. Terfikir juga aku, mampukah aku merapatkan jurang asing itu. Jika hanya aku, sampaikah bisik-bisikku. Yang pasti angin tetap juga angin, cuma tidak aku tahu tajamnya sama.


Shida....
jauh aku menerobos pasir-pasir otakku, menghembus habuk-habuk debu celah keyboardku. Sekali lagi aku tidak pasti, sampai mana gugur rambutku melayang.
huhuhu.....


_pandasepi_

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...