.

2008/03/18

Dulu Dan Sekarang

Posted by ThreeStooges | 2008/03/18 | Category: |

Masih lagi aku teringat zaman kecik² dulu.. banyak benda menarik yang cukup buatkan aku ingat sampai sekarang.. sungguhpun dah berabad berlalu tapi kenangan masa zaman budak² memang terlalu manis utk dikenang..


Kalau dulu.. celik mata khususnya pada hari biasa (Isnin-Jumaat) bangun pagi aktiviti biasa adalah layan RTM rancangan "TV Pendidikan" diselang selikan dengan katun² yang boleh dianggap lawak serta berguna utk panduan diri semasa kecil cthnya "Sang Kancil & Sang Buaya", "Anjing dengan bayang²nya sendiri", "Si Gagak yang dahaga" dan macam² lagilah.. Banyak intisari rancangan yang menarik antaranya Gaban, Satria Baja Hitam dan banyak lagik.. tapi masa tu paling top sekali adalah Gaban!! Citer omputih yang best² dulu adalah

McGyver, Magnum P.I, Dallas, The A-Team, Airwolf, Automan n etc... Hishh banyak sangat²lah.. tu belum katun lagik mcm Voltron, Transformer, Ninja Turtle, Smurf wahhh banyak yang terlalu best²!!!

Dari segi kehidupan adalah terlalu berbeza dengan sekarang.. kalau dulu kena balik rumah sebelum jam 7ptg atau lebih tepat lagi sebelum maghrib!! sembahyang, membaca Al-Quran. Kalau boleh keluar balik pun jam 8malam.. tu pun kena balik sebelum jam 10malam!!

Zaman dulu kehidupan sebagai budak mahupun remaja agak ketat dan berdisiplin sehingga boleh mengenal akan yang baik mahupun yang buruk..

Adakah anak² zaman sekarang dapat ke merasa zaman macam tu? jawapannya pasti tidak! sebab anak² zaman sekarang telah berubah mengikut arus kemodenan masa kini.. Kalau kata nak itu, pasti dapat yang itu. Kalau kata nak ini, pasti dapat yang ini.. Lihat sajalah berapa ramai anak² yang berada disekolah rendah, kebanyakannya semua pakai handphone! gila canggih!! dulu mana merasa! paling canggih pun publik phone yang kat tepi jalan!

[-Kasawari Sengal-]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...