Posted by ThreeStooges | 2008/03/14 | Category:
blog best
|
Mmm...Cinta??Apa yg korg paham tentang cinta?Ada org kata cinta adalah sesuatu hubungan yg disertakan dengan sifat yg ikhlas dan jujur dalam perhubungan.Tiada rahsia antara satu sama lain.Saling hormat menghormati and etc.Btul ke?Ada ke hubungan yg camtu?Ntahla.Kdg² ada gak yg kata cinta tu satu pengorbanan.Pengorbanan dari segi perasaan, sikap, masa dan wang ringgit.Tp ada plak yg bercinta sampai keterlanjuran.Sanggup bergadai body dan maruah demi membuktikan cinta sebenar.So tu blh dikategorikan sebagai CINTA ataupun tak??Kalo nk ikutkan zaman dulu², cinta ni hanya dirasai dan diselami selepas akad nikah.Masakan tidak, rata² kebanyakan pemuda pemudi dulu dijodohkan oleh ibu bapa sendiri.Ntah dari mana datangnya pun kita tak tau.Hanya selepas berkahwin, setelah hidup bersama barulah perlahan² memupuk rasa cinta antara satu dgn yg lain.
Tapi tu zaman dulu²..zaman pemerintahan jepun.Skarang zaman dah moden.Pemuda pemudi dah ditelani dek arus permodenan dan globalisasi.Mana nak dijodohkan oleh ibubapa agi.Suma dah bijak memilih pasangan masing².Yang memahami antara satu sama lain..yang sama taraf..yang sama hobinya..dan yang sama gayanya hidupnya.Tp btul ke diorg mmg dah bijak memilih??Kalo btul kenape masih ada agi kes² seperti mengandung luar nikah..membuang anak..pasangan suami isteri merempit..murtad kerana mengikut kekasih dan lain²???
Ntahla..zaman mungkin sudah moden dan maju kehadapan.Tapi pemikiran manusia makin mundur kebelakang.Mungkin sbb arus permodenan ni terlalu laju.So ramai antara anak muda yg xleh catched up and cultural shocked.
So apa erti cinta??bagi aku CINTA itu adalah teman tapi mesra.lebih relax bersama..santai bersama..happy go lucky..mudah berbual, gelak, tangis dan tawa bersama.dan yg paling penting aku blh nasihat si dia dan dia blh nasihatkn aku.Sambil² menjaga batas kami sbg muslimin dan muslimat, kami turut berdoa agar dijodohkan bersama.Mungkin itu yg sbnarnya blh dikatakan CINTA.Tidak terlalu kolot utk dijodohkan oleh kedua org tua dan juga tidak terlalu mengikut kisah cinta dunia barat.
Tu pandangan aku.Lain org lain padangan mereka..so terpulangla apa pandangan korg.idup korg..pandai²la korg uruskan .tak kuasa aku nk amik tau.ok.till then.chiow..
-koala riang-