.

2009/07/12

Selamatkan data di komputer anda!!

Posted by ThreeStooges | 2009/07/12 | Category: |




Begitu ramai dikalangan member2, sahabat2 dan juga ahli keluarga yang bertanyakan saya tentang virus, spyware dan adware. Memang pening jugakler nak menjawabnya. Lebih2 lagi tahap pemahaman saya tentang masalah ini tak begitu menyeluruh. Namun begitu, selama saya memakai komputer banyak juga pengalaman saya dapat daripada virus, spyware dan adware nih. Dan banyak juga saya men;google;kan diri untuk memahami sedikit sebanyak mengenai virus, spyware dan adware. Oleh demikian saya berkongsi sedikit tips daripada permasalahan ini. Semoga kita sama2 mendapat manfaat daripadanya. Mari kita berkongsi pengalaman kita tentang virus, spyware dan adware ini.

Tips meminimalkan komputer dari ancaman virus, spyware dan adware

virus, spyware dan adware adalah sejenis ancaman ataupun gangguan pada komputer disebabkan oleh pihak2 yang bertujuan menggunakan segala informasi untuk tujuan tujuan tertentu:-

1.mencuri data-data penting
2.merosakkan hadware komputer 
3.menghapuskan file penting sistem 
4.mengakibatkan sesetengah software tidak berfungsi
5.mengambil alih kontrol komputer

Dan apa yang amat penting adalah virus, spyware dan adware ini akan MERUMITKAN SEGALA URUSAN anda apabila menggunakan komputer ataupun komputer riba anda. Ini disebabkan oleh virus, spyware dan adware akan merebak atau berjangkit ketika anda menggunakan internet secara online mahupun tidak. Dan kebanyakan daripada virus, spyware dan adware ini mampu merebak melalui cakera liut 'disket' ,'thumbdrive' dan lain-lain alat yang boleh menghubungkan komputer anda.

Di sini saya senaraikan beberapa cara yang dapat meminimalkan ancaman virus, spyware dan adware ini:-

1.Install perisian 'SOFTWARE' pencegahan virus, spyware dan adware.

Terdapat pelbagai jenis perisian yang dapat memberi pencegahan awal dari merebaknya virus, spyware dan adware ini. Untuk lebih efisyen, install program pencegahan untuk virus seperti anti-virus, anti-spyware dan juga untuk firewall anda.Apa yang penting:-

a)INSTALL program
b)UPDATE kepada patch yang terkini (ini untuk mengurangkan lagi peluang untuk virus, spyware dan adware merebak ke komputer anda.
c)SCAN. Sering lakukan SCAN secara teratur dan berjadual seperti sekali setiap hari bagi membunuh virus, spyware dan adware yang baru tersebar.


2.Elakkan memuat turun dan memasang perisian yang tidak pasti asalnya.

Jangan terburu-buru memasang program ataupun perisian yang anda tidak pasti kegunaan dan asalnya. Kebanyakan perisian2 yang mudah didapati daripada laman web internet kadangkala terkandung beberapa jenis spyware ataupun malware yang boleh memudaratkan komputer anda.

Lebih2 lagi, perisian p2p yang menggalakkkan pemindahan atau perkongsian file mp3,video,gambar daripada komputer ke komputer. Terdapat ramai pengguna p2p yang adakalanya kita tidak tahu asalnya.

contoh:-

Si X menggunakan perisian p2p untuk berkongsi failnya. Si X tidak mengetahui bahawa ada diantara file mp3 dan videonya mempunyai virus, spyware dan adware, mungkin disebabkan program anti-virusnya tidak dikemaskinikan dengan patch yang terkini.

Si Y ingin mencari lagu kegemarannya daripada perisian p2p yang baru dipasang di komputernya. Dengan ghairahnya dia memuatturun file daripada Si X yang dia sendiri tidak tahu yang file si X mempunyai virus, spyware dan adware. Setelah habis memuatturun Si Y mendapati komputer agak perlahan daripada sebelumnya. Semakin hari semakin perlahan dan semakin merebak virus, spyware dan adware, sehingga di satu hari komputernya langsung tidak berfungsi.

Apabila dia membawa kekedai, juruteknik komputer mengatakan bahawa komputernya sudah ada kesan infeksi virus, spyware dan adware dan tidak dapat untuk diselamatkan segala fail2 kerjanya. Dan komputernya hendaklah diformat bersih untuk dibaiki.

kesannya:-

- komputer anda tidak berfungsi dengan baik
- fail2 penting anda tidak dapat dibuka
- anda kecewa...

Oleh itu berhati-hati.

3.AWAS!! fail-fail yang dihantarkan kepada EMAIL anda.

Berhati-hati ketika menerima fail2 daripada kawan2 ataupun daripada orang yang tidak dikenali daripada EMAIL anda. Ini adalah satu cara yang terbukti berkesan untuk menyebarkan virus, spyware dan adware. Tidak kira apa bentuk format filenya .doc, .xls, .jpeg ,keberangkaliannya adalah tiggi sekiranya anda tidak dapat mengenal pasti pengirimnya. Ada juga email dalam bentuk .rar yang perlu diekstrakkan untuk anda membacanya atau menggunakannya.

Kenal pasti pengirim dan berwaspada selalu. Scan email anda.

4.Awasi pengguna yang ingin menggunakan komputer anda.

Bukannya kita kedekut. Namun harus diingatkan, bahawa virus, spyware dan adware mampu merebak melalui apa sahaja bentuk medium yang boleh terhubung ke komputer anda. Tidak kira melalui 'network', 'diskett' mahupun trend terkini iaitu melalui 'thumbdrive' ataupun 'pendrive' dan 'external harddisk' besar ataupun yang kecil yang mudah didapati dimana2 sahaja pasaraya ataupun kedai2 komputer. Awasi mereka :-

a) mencipta satu akaun bagi 'user' selain daripada anda

Ini bagi mengawal sesetengah daripada pengguna komputer anda daripada memasang perisian yang berisiko ke komputer anda. Anda boleh menghadkan perisian yang boleh digunakan juga boleh mencegah mereka daripada mencuri maklumat-maklumat peribadi anda seperti password anda dan lain-lain.

Sekiranya ada pegguna yang 'advance', anda boleh gunakan perisian yang boleh menguncikan fail-fail anda.

b) scan semua medium yang ingin digunakan ke komputer anda.

Disiplinkan diri anda dan pengguna komputer anda agar menggunakan perisian anti-virus, anti-spyware dan anti- adware yang telah terpasang di komputer anda.

Dengan cara ini anda boleh meminimalkan risiko merebaknya virus, spyware dan adware ke komputer anda disamping membersihkan segala medium yang mungkin merebak ke medium anda dan kawan anda tanpa disedari.


5.Sentiasa membuat 'copy' ataupun 'backup' kerja anda.

Kerja yang remeh namun amat perlu dilakukan. Ini adalah penting, kerana sekiranya komputer anda perlu diperbaiki ataupun terinfeksi anda masih lagi mampu melakukan kerja anda dengan menggunakan 'backup copy' anda. Terdapat pelbagai cara untuk tujuan ini contohnya:-

a)'Burn' kedalam cd ataupun dvd.

Sekarang kebanyakan komputer dan komputer riba 'laptop' mempunyai 'dvd burner','cd burner' yang terdapat dalam pelbagai jenis brand komputer. Samsung, Lite-on, Lg dan sebagainya. Gunakan ia. Pasti ada tujuan ia di cipta.

Dapatkan cd atau dvd yang berkualiti untuk tujuan backup ini. Anda boleh gunakan dvd dari brand 'Imation','HP' dan dari brand yang terkenal dengan kualitinya.

Gunakan perisian untuk burn yang selalunya dipasang sekali ke komputer yang baru seperti 'nero' dan sebagainya. Ingat!! ianya amat penting.

b) Simpan kedalam 'External Harddisk' (medium storage)

Cara ini adalah satu cara yang mempunyai risiko. Namun ia adalah satu cara backup yang berkesan juga. Backup kedalam medium storage anda, setelah komputer anda dipasang segala perisian anti-virus, anti-spyware dan anti-adware anda, anda boleh scan terlebih dahulu sebelum menggunakannya.



Semua ini adalah hanya TIPS MEMINIMALKAN RISIKO JANGKITAN VIRUS, SPYWARE DAN ADWARE.Mengurangkan risiko jangkitan. Orang kata "sediakan payung sebelum hujan". Banyak lagi yang boleh dikongsi bersama akan datang. Bersama-sama kita mencegah sebelum parah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...