.
Showing posts with label sahabat pena blog best. Show all posts
Showing posts with label sahabat pena blog best. Show all posts

2009/05/01

Movie Kita

Posted by ThreeStooges | 2009/05/01 | Category: |


orang malaysia selalu sangat nak tgk movie2 yg typical. asal sikit citer cinta, citer sedey, cinta sedey dan sedey bercinta. cinta mmg adalah sebahagian dari kehidupan, tapi perjalanan hidup tak semestinya hanya tertumpu pada cinta. hidup ada misteri, ada lucu dan ada magik. org sepatutnya bule meng'improve'kan idup mereka, stimulate their minds, rather than only entertaining themselves through movies. kisah perjuangan, kisah kesedaran amat perlu bagi rakyat malaysia.

aku mmg rindu giler zaman-zaman citer anak sarawak, matinya seorang patriot, puteri. aku ada kengkawan yg ada idea2 yg best untuk movies, ada talent... tapi bile nak buat movie mcm2 halangan kene tempuh. tak bule jadik director aaa, kene jadik ahli tu, ahli ni. talent dah ada, kreativiti dah ada. duit skit pun kitorang bule buat short movie gempak. sumer tu masalah. yg penting kiter kene pikir solution. kalau bule kita jgn ikut sgt tempo penghasilan filem skrang ni. kalau movie sedey, sumer nak buat movie sedey. kalau citer hantu sumer nak buat citer hantu. kalau filem epik, sumer nak buat filem epik.

kite kene buat filem rakyat. kita dah tau macam mana org hidup zaman 60an hingga 90an pasal wujud filem2 rakyat. kita tau apa masalah mereka yg idup pada zaman2 tu sebab kita tgk filem mereka. wujud golongan dari yg berpendapatan rendah hingga kepada yg kaya raya, apa masalah mereka. kene ada satu movie dari sudut mata seorang rakyat kepada masyarakat. ajak penonton berfikir: ini yg berlaku rupa-rupanya. ada org pegi tgk movie takat nak release tension, malas nak pikir. ada yg nak layan awek, ada yg berhibur semata-mata. filem rakyat yg bagus tak memerlukan modal yg besar (yg byk di'spend'kan utk pelakon yg cute dan ensem). carik fresh talent yg bagus, yg bule berlakon jadik diri sendiri, yg x memerlukan bayaran yg byk. extra pelakon, adalah masyarakat sekeliling. topik? byk bule jadik topik. kerjaya, politik, gaya hidup, sumernya bule dibawa dlm satu. makin byk aku bebel kat sini makin byk masalah yg aku pikir. kita bule buat, kita mampu. cuma kadang2 kita tak tau. mmg bukan susah nak susah, bukan senang nak senang. filem-filem yg aku respek cam rock (mamat khalid) ngan maut (badarudin) dpt sambutan tapi tak sehebat cerita2 cinta yg lain. malah ada satu ketika filem-filem dari seberang berjaya menakluki industri kite. HOI RAKYAT MALAYSIA!!! MEMANG AAA BEST BERCINTA, TAPI LEPAS BERCINTA APA YG KORANG BUAT? LEPAS BERKAHWIN? LEPAS ADA ANAK? HIDUP TAK SEMESTINYA PASAL KONFLIK SEMATA-MATA...

renung-renungkanlah... aku pun bukan pandai sgt, jauh skali bagus dan ensem... kalau ada pendapat, argument, aku rela membaca demi nak menambah ilmu, belajar dari yg tau walaupun sedikit. nak menegur pun bule, hehehehe (teringat citer jgn tegur)... assalamulaikum dan slamat sejahtera rakyat Malaysia!!!

yOdA KuNiNG ===}}>>>>>>>>>>>

2008/03/23

Aku Pun Pening

Posted by ThreeStooges | 2008/03/23 | Category: |

Dalam meniti kehidupan ini,banyak perkara yang kita rancang,demi untuk masa depan yang lebih "selesa", namun tak semestinya apa yang dirancang tak semuanya menjadi.Dugaan dalam merealisasikan impian setiap orang berbeza-beza, Dugaan yang mendatang sebenarnya mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa dan matang dalam meniti arus kehidupan yangsemakin hari semakin mencabar dan kadangkala membuatkan kita hilang dalam membuat pertimbangan berdasarkan logik akal manusia biasa,Jangan kerana kegagalan yang lepas kita berhenti separuh jalan"life still going on", selalu kita berasa sekiranya kita dah gagal dan hilang segala-galanya kita akan merasakan dunia ini dah musnah bagi kita, tetapi ingatlah sekiranya anda hilang segala-galanya hari ini kita masih ada masa hadapan.Bangkitlah dari kegagalan yang lepas,bukan jadikan ia satu beban untuk terus bersaing dalam meneruskan hidup.


Masalah yang datang kadangkala membuatkan kita rasa tak ingin lagi hidup,kita rasa masalah itu membebankan dan merungsingkan hidup, kesilapan yang sering kita lakukan adalah cuba laridari masalah,jangan lari dari masalah sebaliknya cuba kita cari jalan penyelesaian,sememang ada tekanan dalam menghadapi masalah,itu lumrah bagi insan yang bernafas,sebenarnya aku tulis kat sini bukan untuk bagi motivasi pagi,cuma aku terpanggil nak kongsi sesuatu dengan pembaca sekelian.ini bukan satu masalah atau tekanan dalam kehidupan, bukan juga nak cerita tentang cara mengatasi masalah,kekadang kita rasa kita tak ada tujuan dalam kehidupan,apa yang sebenarnya kita cari? harta-harta dan aset-aset,kilang-kilang dan factory-factory, atau ladang-ladang dan estet=estet. adakah itu tujuan kita hidup??tapi yang aku tahu tuhan dah tetapkan aku satu misi,sebab itu aku dilahirkan didunia ini.Tuhan ingin aku mengubah sesuatu dimuka bumi ini.

-bob-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...