.

2008/03/23

Aku Pun Pening

Posted by ThreeStooges | 2008/03/23 | Category: |

Dalam meniti kehidupan ini,banyak perkara yang kita rancang,demi untuk masa depan yang lebih "selesa", namun tak semestinya apa yang dirancang tak semuanya menjadi.Dugaan dalam merealisasikan impian setiap orang berbeza-beza, Dugaan yang mendatang sebenarnya mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa dan matang dalam meniti arus kehidupan yangsemakin hari semakin mencabar dan kadangkala membuatkan kita hilang dalam membuat pertimbangan berdasarkan logik akal manusia biasa,Jangan kerana kegagalan yang lepas kita berhenti separuh jalan"life still going on", selalu kita berasa sekiranya kita dah gagal dan hilang segala-galanya kita akan merasakan dunia ini dah musnah bagi kita, tetapi ingatlah sekiranya anda hilang segala-galanya hari ini kita masih ada masa hadapan.Bangkitlah dari kegagalan yang lepas,bukan jadikan ia satu beban untuk terus bersaing dalam meneruskan hidup.


Masalah yang datang kadangkala membuatkan kita rasa tak ingin lagi hidup,kita rasa masalah itu membebankan dan merungsingkan hidup, kesilapan yang sering kita lakukan adalah cuba laridari masalah,jangan lari dari masalah sebaliknya cuba kita cari jalan penyelesaian,sememang ada tekanan dalam menghadapi masalah,itu lumrah bagi insan yang bernafas,sebenarnya aku tulis kat sini bukan untuk bagi motivasi pagi,cuma aku terpanggil nak kongsi sesuatu dengan pembaca sekelian.ini bukan satu masalah atau tekanan dalam kehidupan, bukan juga nak cerita tentang cara mengatasi masalah,kekadang kita rasa kita tak ada tujuan dalam kehidupan,apa yang sebenarnya kita cari? harta-harta dan aset-aset,kilang-kilang dan factory-factory, atau ladang-ladang dan estet=estet. adakah itu tujuan kita hidup??tapi yang aku tahu tuhan dah tetapkan aku satu misi,sebab itu aku dilahirkan didunia ini.Tuhan ingin aku mengubah sesuatu dimuka bumi ini.

-bob-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...