2008/05/05
Yup..dalam diri setiap insan,semestinya ada sesuatu yang tidak ternilai baginya untuk dihitung, tidak ternilai baginya untuk dihisab, tidak termampu baginya untuk dipisahkan.Baginya yang sesuatu itu adalah hasil daripada dalam dirinya, sebati, jitu dan tidak mungkin dipisahkan dari setiap detik putaran akalnya.Sesuatu yang pada akarnya tidak begitu kukuh pada paksinya, sesuatu yang mungkin hancur bila digenggamnya, mungkin sesuatu yang tidak dapatdisaksikan oleh dirinya mahupun alam sekelilingnya.Namun YANG TIDAK TERNILAI ini,sentiasa bersama dalam sanubarinya.
CONTOHNYA:
ya..mungkin asing bagi semua. Huhuhu..apa yang hendak diasingkan, apa yang hendak disorokkan,apa yang hendak dimalukan. Semua orang ada. Apa yang semua orang ada..?
Haha...pernahkah kalian menerima sebiji bantal, bantal yang kalian bawa ke mana-mana sekalipun,tidak kira ketika bermain, mandi, makan dan yang pasti ketika tidur. Ya..BANTAL BUSHUK..ya...bantal bushuk..Tidak kiralah bantal itu mungkin terjadi daripada sebiji bantal, segumpal kain,mahupun patung2 mainan, PINK PANTHER, TRANSFORMER, MICKEY MOUSE.Semuanya dalam satu kategori yang sama...BANTAL USHUK...hihihi..
Ya,bantal bushuk nilah yang menggembirakan kalian ketika sedang sedih,melenakan kalian ketika sedang letih, ialah mainan kita tidak kira ketika apapun,bantal bushuk inilah yang ada menerima kalian seadanya.Adakah bantal bushuk itu merungut, tidak, tidak mungkin. Tapi siapa tahu.huhu.
Dalam zaman teknologi canggih,jaluran-jaluran wayar lebar atau tanpa wayar, amat jarang kita saksikan bantal bushuk ini dibawa kehulu-kehilir,namun yang pasti, masih ada lagi adik-adikkita mahupun kita sendiri yang menyimpan, sayang, dan tidak mahu yang tidak ternilai ini jauh daripada kita. Biarpun usianya, keaadaanya yang uzur tidak mengizinkan ia untuk menemani kita seperti dahulunya.
"BIAR APAPUN TANGGAPAN TERHADAPNYA, AKU MASIH PERCAYA DAN DAN INGIN MENJADI SEPERTI 'BANTAL BUSHUK'YANG AKAN MENEMANI SEADANYA. WALAU SEHINGGA REPUT MANAPUN AKU, AKU SENTIASA MENEMANI." :)
YA TIDAK TERNILAI.........
~PANDA SEPI~