.

2008/06/15

Kelengkapan Diri..

Posted by ThreeStooges | 2008/06/15 | Category: |


Cuti sekolah akhirnya sudah berlalu. Hari-hari akhir cuti digunakan dengan penuh semangat,berkobar-kobar, menyiapkan setiap tugasan yang diberikan sebelum cuti sekolah lagi. Sudahmenjadi kebiasaan semua menyiapkan tugasan yang diberikan guru. Seperti kami-kami jua, namunsegalanya berubah. Sebelum ini, guru-guru akan menghadapi situasi sukar apabila semuanya menghantar tugasan2 yang diberikan. Mahu tidak mahu mereka akan menyemak kesemuanya tugasandengan reda. Mana tidak pening, setiap yang menghantar semuanya bertulisan tangan, tidakada yang standard. Lagi-lagi apabila tulisan-tulisan yang serupa cakar ayam. Kononnya tulisandoktor..huhuh..

Namun situasinya berubah sekarang. Dengan adanya teknologi semasa yang kian berkembang,semua pendidik mungkin terlepas dari tulisan serupa cakar ayam ini. Setiap pelajar akanmenyepurnakan semuanya dengan menggunakan komputer, jalinan internet. Semuanya lebih standarddan mudah. Time news roman dan besarnya 12pt akan berlegar-legar dalam setiap fikiran pelajar-pelajar ini. Kan mudah. Ya memang, komputer adalah salah satu kelengkapan peralatan yang perlu ada pada semua. Tidak kira dikampung, bandar, semuanya pasti akan menggunakannya.Tiada lagi ruang untuk alasan "saya buta it".Semua perlu tahu menggunakannya.

Setiap ada yang bernyawa, pasti ada kelengkapan dirinya. Setiap perbuatan baik pasti adahasilnya, begitu juga sebaliknya. Sekiranya tiada, baginya satu kehilangan. Sepertimana yangdipelajari, yang masih aku ingat dan baru aku sedar akan pentingnya dan kesinambungannya padasetiap hari2 kehidupan kita."double entry"huhuhu...ya aku pernah mempelajari ilmu akaun. Danitulah apa yang aku ingat...huhuhu..Jika tiada ini pasti akaun akan menjadi kucar kacir.Tidak balance. Dan yang tidak balance inilah yang akan selalu aku dapat..aiyah...

Apa jua, semuanya ada keperluannya. Kita seorang mungkin tidak mampu melakukan semua. Dan keranaitulah kita berkawan, bersahabat, kerana ianya perlu. Ianya satu keperluan. Kita memerlukan antarasatu sama lain. Begitu juga pentingnya buat pasangan-pasangan bercinta. Kenapa perlu berpasangan,huhuhu...kalau bole duk sorang buatler..duk kat utan..kat utan pon haiwan pon berpasangan.Kita berpasangan bukan kerana kita inginkan pasangan,namun perlukan pasangan. Kerana ianya satu kelengkapan buat diri kita.

Ada pro dan contra, ada baik dan jahat, ada kosong dan penuh semuanya melengkapkan satu sama lain.Semuanya mengingatkan kita pada lima perkara sebelum lima perkara. SIHAT SEBELUM SAKIT, LAPANG SEBELUM SEMPIT,KAYA SEBELUM MISKIN, MUDA SEBELUM TUA DAN AKHIRNYA HIDUP SEBELUM MATI....Renungkan...Sudah Lengkapkah Kita... :)
~pandasepi~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...